Thursday, April 10, 2008

Cinta


Bayangkan anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang dirasakan. Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai sesesorang, sehari untuk mencintai sesorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan sesesorang yang andai cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu. Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam sesuatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi, ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka. Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa disisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang. Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda juga. Jangan mengharap cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya, tetapi jika tidak pastikan dia tumbuh dalam hatimu. Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai, tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba, jangan pula menyerah selama anda berasa masih ada harapan dan jangan pernah berkata anda tidak menyintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan dan Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercainya, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa, jangan melihat daripada wajah kerana itu boleh menipu dan jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sesebuah senyuman dapat membuatkan hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah anda dapat bertemu dengan seseorang yang boleh membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan sesorang, anda ingin menemui dan memeluknya. Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia. Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang yang berbahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, meraka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan segala kegagalan dan rasa sakit hati. Ketika lahir anda menangis dan semua orang disekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang disekeliling anda menangis.

0 comments: